Wednesday, 28 September 2016

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

DUB 1012 : Pengajian Malaysia

Tajuk:Kedatangan Islam Di Tanah Melayu

Nama Pensyarah:Puan Nurul Asma binti Effendi


Ahli-Ahli Kumpulan 4:1)Izzah Athirah bt Man                                                                       (16DAT16F1019)
                                      2)Nurul Faizah bt Harun
                                         (16DAT16F1022)
                                      3)Nur Irfah Syakira bt Mohd Nazri                                                      (16DAT16F1021)
                                       4)Rabbiatul Addawiyah bt Karim                                                        (16DAT16F1003)

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN


Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nurul Asma binti Effendi iaitu pensyarah bagi kursus 
Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
 Begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

PENGENALAN TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Pengenalan 

Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara.Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara.Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi,iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu.Menurut Abdullah Ishak(1990),agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin,Kerajaan Bani Umaiyah,Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.

  

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB, CHINA DAN INDIA

Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu :

  • Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
  • Kedatangan Islam dari India 
  • Kedatangan Islam dari China





Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab




Teori John Crawford

# Islam berkembang melalui perdagangan

  • Bukti : cacatan China yang mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan penempatan di Canton sejak 300M.
# Pedagang Arab ini singgah di pelabuhan2 utama Asia Tenggaraterutamanya Melaka yang strategik dan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China.
# Mereka menetap sementara dan membina perkampungan yang juga menjadi tempat mengumpul dan membeli barangan dari China dan India.
Cara hidup Islam pedagang Arab menarik minat pedagang tempatanmendalami Islam.

  • Bukti : cacatan China menyatakan sebuah perkampungan Ta-Shih di Sumatera Utara rahun 650M.
  • menunjukkan Islam bertapak sejak abad ke-7 M.

Disokong oleh Muhamad Naquib al-Attas 

# Wujud persamaan antara bahan penulisan  dan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Tanah Arab.

  • Contoh : perkataan Arab pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.
# Wujud persamaan adat resam dan budaya orang Melayu dan Arab.
  • amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu (dabus dan tarian zapin)
# Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh Arab.








Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah  :



  • Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab
  • Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .
  • Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .
  • Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara  
                                                                                                                                                             
    Teori Kedatangan Islam Dari China

    Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana. 


    S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut : 

  • Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
  • Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu 
  • Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
  • Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
  • Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China 

  • Teori Kedatangan Islam Dari India
    Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan . Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india . 



    Snouck Hurgronje merupakan sejarawan belanda telah mengemukakan sejak abad ke13 lagi  Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel . Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut : 

  •  Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.
  • Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.
  • Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia 
  • Tenggara.




BUKTI PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU

  Bukti Penyebaran Islam Di Tanah Melayu


~>Agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sejak zaman kerajaan awal Tanah Melayu,iaitu sebelum kewujudan zaman Kesultanan Melayu Melaka.

~>Sebuah batu bersurat bertulisan jawi ditemui di Kuala Berang,Terengganu sekali gus menjadi bukti bahawa agama Islam telah sampai ke Terengganu.

~>Batu bersurat tersebut telah ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

~>Antara yang tertulis dalam batu bersurat tersebut adalah tentang Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam tentang maksiat.


~>Terdapat juga batu nisan yang ditemui di Kampung Tanjung Inggeris,Mukim Langgar berhampiran Alor Setar,Kedah yang bertarikh 904M.Nama Sheikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah tercatat pada batu nisan tersebut.Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menyebarkan agama ajaran Islam di sana.







PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU


Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Tanah Melayu

1) Melaka menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-15,bersama-sama Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor.

2) Agama Islam tersebar di Melaka melalui perkahwinan,penaklukan wilayah,perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwah.

3) Pengislaman Sultan Melaka juga menyebabkan rakyat memeluk agama Islam.Antara ulama yang menjadi penasihat sultan Melaka ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar,Maulana Sadar Jahan,Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf.

4) Tun Perak yang merupakan bendahara Melaka yang berpengaruh memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama Islam.Melaka berjaya menakluk kawasan persisiran pantai Sumatera Utara iaitu Aru,Rokan,Siak,Kampar dan Inderagiri.

5) Institusi kesultanan diperkenalkan setelah Islam datang ke Tanah Melayu,
~>Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh mufti sebagai penasihat sultan dalam bidang hal ehwal agama Islam dan pentadbiran.
~>Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi di Melaka dan asas kepada sistem pentadbiran Melaka serta pembentukan undang-undang di Melaka.
~>Kekuatan agama Islam jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

6) Selepas kedatangan Islam,mata wang dengan tulisan jawi diperkenalkan.Penggunaan mata wang semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah tertera nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dalam tulisan Jawi.
~>Wang Katun yang diperbuat dari timah dan digunakan di Johor juga terukir dengan tulisan jawi tetapi tidak mempunyai tarikh.
~>Nama Sultan Zainal Abidin Shah II terdapat pada kupang emas Terengganu.
~>Pada bahagian belakang wang tersebut terdapat perkataan 'Khalifatul Mukminin' yang merujuk Sultan sebagai pemimpin orang Mukmin.


7) Kesan yang seterusnya dapat dilihat dari aspek pendidikan,bahasa dan kesusasteraan,cara hidup serta kesenian.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,penduduk tempatan digalakkan menuntut ilmu di rumah ulama, masjid dan surau.Istana dijadikan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan kerana belum wujud institusi pondok pada waktu itu.

8) Dari aspek bahasa dan kesusasteraan pula,tulisan Arab Jawi diperkenalkan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sastera yang terkenal.
~>Huruf Arab diubah suai dan dijadikan tulisan Jawi sekali gus menjadi tulisan utama untuk membaca dan menulis.Kedatangan Islam menambahkan lagi penulisan karya prosa dan puisi.
~>Banyak karya berkaitan Nabi Muhammad SAW dihasilkan seperti:-
*Hikayat Nur Muhammad
*Hikayat Bulan Berbelah
~>Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah merupakan dua buah cerita hikayat yang penting dan disimpan di Istana Melaka.
~>Hikayat tersebut dibaca semasa Melaka diserang Feringgi dengan tujuan menaikkan semangat pahlawan Melaka menentang Portugis.

9) Unsur kesenian Islam dapat dilihat pada seni bina masjid,rumah dan istana yang mempunyai ciri-ciri ukiran yang bermotif tumbuhan,bunga dan geometri yang sesuai dengan agama Islam.Tulisan khat atau kaligrafi juga dilihat sebagai hiasan masjid,batu nisan,barangan tembikar,mata wang,pakaian dan lain-lain.



10) Prinsip kepercayaan atau akidah,syariah dan akhlak adalah antara gaya hidup orang Melayu yang berubah dengan kedatangan Islam.
~>Amalan menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua,adab sopan,adap berziarah dan semangat perpaduan merupakan antara anjuran Islam dilihat dalam kehidupan bermasyarakat Melayu.

KESAN

KESAN
Dari segi sosial,sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam seperti Al Quran, Hadis, Fardu Ain, Sirah, Nahu, Fekah dan sebagainya dapat meningkatkan lagi pemahaman masyarakat Melayu    berkaitan agama. Pusat pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi dan istana, surau, masjid serta sekolah pondok menjadi pusat pendidikan
Dari segi ekonomi, mengamalkan muamalat yang diterapkan oleh Islam seperti melarang riba, penipuan, dan penyelewengan dalam sukatan dan timbangan.
   Mewajibkan zakat harta, tanaman, haiwan, emas perak dan zakat Fitrah. 


Dari segi politik,pembesar di kalangan ulama Islam yang digelar Imam, Maulana, Makhdum dan Khadi yang dijadikan sebagai pakar rujuk dan penasihat sultan. Konsep musyawarah dalam pentadbiran.

CONTOH

  
CONTOH
=)Dari segi politik, terdapat perubahan yang jelas apabila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau ini.
=)Bagi menjamin keselamatan negara dan agama, kerajaan-kerajaan Islam terpaksa menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan kuasa-kuasa Islam ketika itu seperti kerajaan Turki dan India.
=)Agama Islam merupakan agama rasmi negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan seperti kemudahan penyebaran, pentadbiran dan pelaksanaan hukum-hukum.
=)masjid berfungsi sebagai tempat-tempat ibadat tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan.



RUJUKAN DAN KESIMPULAN


RUJUKAN
      =   http://prausdmsejarah2.blogspot.my/2011/09/huraikan-kesan-kedatangan-           islam.html
      =   kedatanganislamketanahmelayu.blogspot.my/2015/03kedatangan-islam-ke-         tanah-melayu.html
      =   NormurniMohamad,RazanaFatinAbdullah@Razali&
           MohamadFaizalAhmat.2016,PengajianMalaysia,Shah Alam,Oxford Fajar           Sdn Bhd
      =   http://image.slidesharecdn.com/kedatanganislamketanahmelayu-                        160511013125/95/kedatangan-islam-di-tanah-melayu-5-638.jpg?                         cb=1462930528


KESIMPULAN

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu sememangnya menbawa banyak perubahan dan pennghargaan baru dalam keagungan tamadun Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul di dunia amnya dan dia asia tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam itu.
Daripada apa yang dibincangkan di atas kedatangan Islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat tamadun Melayu yang unggul tetapi Islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu termasuklah sistem politik perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri