Wednesday, 28 September 2016

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU


Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Tanah Melayu

1) Melaka menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-15,bersama-sama Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor.

2) Agama Islam tersebar di Melaka melalui perkahwinan,penaklukan wilayah,perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwah.

3) Pengislaman Sultan Melaka juga menyebabkan rakyat memeluk agama Islam.Antara ulama yang menjadi penasihat sultan Melaka ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar,Maulana Sadar Jahan,Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf.

4) Tun Perak yang merupakan bendahara Melaka yang berpengaruh memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama Islam.Melaka berjaya menakluk kawasan persisiran pantai Sumatera Utara iaitu Aru,Rokan,Siak,Kampar dan Inderagiri.

5) Institusi kesultanan diperkenalkan setelah Islam datang ke Tanah Melayu,
~>Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh mufti sebagai penasihat sultan dalam bidang hal ehwal agama Islam dan pentadbiran.
~>Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi di Melaka dan asas kepada sistem pentadbiran Melaka serta pembentukan undang-undang di Melaka.
~>Kekuatan agama Islam jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

6) Selepas kedatangan Islam,mata wang dengan tulisan jawi diperkenalkan.Penggunaan mata wang semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah tertera nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dalam tulisan Jawi.
~>Wang Katun yang diperbuat dari timah dan digunakan di Johor juga terukir dengan tulisan jawi tetapi tidak mempunyai tarikh.
~>Nama Sultan Zainal Abidin Shah II terdapat pada kupang emas Terengganu.
~>Pada bahagian belakang wang tersebut terdapat perkataan 'Khalifatul Mukminin' yang merujuk Sultan sebagai pemimpin orang Mukmin.


7) Kesan yang seterusnya dapat dilihat dari aspek pendidikan,bahasa dan kesusasteraan,cara hidup serta kesenian.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,penduduk tempatan digalakkan menuntut ilmu di rumah ulama, masjid dan surau.Istana dijadikan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan kerana belum wujud institusi pondok pada waktu itu.

8) Dari aspek bahasa dan kesusasteraan pula,tulisan Arab Jawi diperkenalkan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sastera yang terkenal.
~>Huruf Arab diubah suai dan dijadikan tulisan Jawi sekali gus menjadi tulisan utama untuk membaca dan menulis.Kedatangan Islam menambahkan lagi penulisan karya prosa dan puisi.
~>Banyak karya berkaitan Nabi Muhammad SAW dihasilkan seperti:-
*Hikayat Nur Muhammad
*Hikayat Bulan Berbelah
~>Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah merupakan dua buah cerita hikayat yang penting dan disimpan di Istana Melaka.
~>Hikayat tersebut dibaca semasa Melaka diserang Feringgi dengan tujuan menaikkan semangat pahlawan Melaka menentang Portugis.

9) Unsur kesenian Islam dapat dilihat pada seni bina masjid,rumah dan istana yang mempunyai ciri-ciri ukiran yang bermotif tumbuhan,bunga dan geometri yang sesuai dengan agama Islam.Tulisan khat atau kaligrafi juga dilihat sebagai hiasan masjid,batu nisan,barangan tembikar,mata wang,pakaian dan lain-lain.



10) Prinsip kepercayaan atau akidah,syariah dan akhlak adalah antara gaya hidup orang Melayu yang berubah dengan kedatangan Islam.
~>Amalan menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua,adab sopan,adap berziarah dan semangat perpaduan merupakan antara anjuran Islam dilihat dalam kehidupan bermasyarakat Melayu.

No comments:

Post a Comment