Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu :
- Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
- Kedatangan Islam dari India
- Kedatangan Islam dari China
Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab
Teori John Crawford
# Islam berkembang melalui perdagangan
- Bukti : cacatan China yang mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan penempatan di Canton sejak 300M.
# Mereka menetap sementara dan membina perkampungan yang juga menjadi tempat mengumpul dan membeli barangan dari China dan India.
# Cara hidup Islam pedagang Arab menarik minat pedagang tempatanmendalami Islam.
- Bukti : cacatan China menyatakan sebuah perkampungan Ta-Shih di Sumatera Utara rahun 650M.
- menunjukkan Islam bertapak sejak abad ke-7 M.
Disokong oleh Muhamad Naquib al-Attas
# Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Tanah Arab.
- Contoh : perkataan Arab pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.
- amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu (dabus dan tarian zapin)
Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah :
- Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab
- Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .
- Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .
- Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara Teori Kedatangan Islam Dari ChinaIslam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana.
S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut : - Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
- Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
- Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
- Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
- Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China
- Teori Kedatangan Islam Dari India
Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan . Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india . - Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.
- Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.
- Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia
- Tenggara.
Yare yare goodo job
ReplyDeleteUseful blog. Thanks.
ReplyDelete